Friday, January 20, 2012

Puisi Cinta dari Langit Ilahi

Cinta sebenarnya begitu suci, cuma kita yang salah mentafsir. Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi?

Bukankah cinta itu mulia dan tinggi?

Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?



Benarkah itu cinta,

Kalau kita semakin keji dan hina?

Benarkah itu cinta,

kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?

Benarkah itu cinta,

kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat?


Benarkah itu cinta,

kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina?

Benarkah cinta yang menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri?

Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi ‘suci’?

Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan?

Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?



Benarkah itu cinta Atau nafsu yang menggoda

Atau syaithan yang memperdaya

Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala



Benarkah itu cinta

Atau kejahilan yang menguasai

Atau dunia yang memperdaya diri

Atau kita yang buta dan lupa

Buta terhadap kebenaran dan Iman

Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian

Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian

lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan



Bukankah semua kita inginkan kemuliaan

Bukankah semua kita mencari kebahagiaan

Bukankah semua kita mencari ‘jalan pulang’

Kenapa kehinaan yang datang

Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan

Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan

Kenapa kita terlupa ‘jalan pulang’



Benarkah itu cinta?

Atau kita yang diperdaya

Kehinaan di hias hingga mempersonakan

Kesementaraan dinampakkan kekal

Segala yang busuk terbau harum

Segala yang keji ternampak indah


Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan mengecewakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari ‘kosmetik’ sahaja. Kita perlukan cinta bukan ‘kosmetik cinta’. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon ‘teruskan percintaan anda’. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.

Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa. Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya.

Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan. Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu. Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda…benarkah itu cinta?

http://langitilahi.com/3825/kuliah-cinta.html#more-3825

Sunday, January 15, 2012

Lewat Mimpi

Impian adalah mimpi
bukan mudah menabur bakti
tidak kutemu padang yang luas
sebelum kuredah hutan belukar
duri menggores kulit luka menjadi kudis
parut menjadi tanda sebuah cerita nostalgia
langkahku perlahan melawan arus
biar tidak hanyut menjauh
memacakkan kaki berdiri teguh
langkah ku atur satu persatu
namun masa berputar laju
tapi aku masih di sini
bertahan bagai perisai lama yang hampir musnah
seribu hati luruh kecewa
harus dibalas dengan sejuta berita gembira
biar gelak tawa menjadi tanda bahagia
cukuplah sudah air mata duka melara
apabila tiba saat yang tepat
impian kugapai kugenggam erat
mimpi bukan lagi sedakar mimpi

Firdaus, 16 Jan 2012

Saturday, January 14, 2012

14 hari tidak merokok...

hari ni genap 2 minggu sy berhenti merokok... ini azam tahunan aku, tiap kali jak tahun baru aku mesti berenti merokok.. kenapa kena tahun baru baru nak stop?? saja jak la.. senang nak kira berapa lama.. suka hati la.. kan.. tapi setakat ni belum pernah berjaya melepasi sebulan.. pernah masa tahun akhir di UUM dulu aku berjaya berhenti hampir sebulan.. 25 hari jak.. ada yg menarik pasal azam tahunan aku ni.. masa mula2 berenti dalam sehari dua tu.. kawan2 semua berusaha sehabis baik untuk menggagalkan misi aku untuk berhenti merokok.. mcm2 la dorang buat.. sanggup belikan rokok.. tolong bakarkan rokok.. hembus asap rokok kat muka.. wat style macho isap rokok dpn aku.. hahaha.. nakal2 tol kwn2 aku.. tpi bila aku dpt bertahan dalam 2 minggu lebih mcm hari ni.. mereka plak jadi org yg paling memberi semangat aku supaya teruskan usaha untuk berhenti merokok.. aku minta rokok (main2) dorang xnak bagi.. dorang marah sapa hulur aku rokok.. hahaha.. dorang sentiasa sokong apa sahaja yg aku buat dan dorang yakin aku boleh buat... dan hari ini.. sgt2 merindui mereka.. nt bila dpt jumpa hang out ramai2, sahabatmu ini sudah tidak lagi merokok.. tpi dia tetap seperti dahulu dan tiada yg berubah kecuali itu..

berbalik kepada 25 hari azamku kecundang.. begini ceritanya.. kejadiannya pada malam hari.. lokasi di Blok Perwaja, Universiti Utara Malaysia.. kalau x silap malam tu malam jumaat.. semua kadet2 army masa tu bersiap2 menggunting rambut bagi army style sket sbb keesokan harinya latihan palapes bakal bermula untuk semester yang baru.. mana2 kadet yg belum menggunting rambut di kedai maka malam tu la baru sibuk2 nak gunting rambut... dan aku salah seorang yang terer gunting rambut.. ya betul.. mmg terer. kuikui.. maka semua kwn2 pun beratur menunggu giliran.. kebiasaannya ada lebih dari 10 kepala aku gunting rambut... penat mmg penat.. tpi sgt seronok memotong rambut kwn2 terutama klu2 style askar nih.. hahahaha.. kalau gunting rambut member2 ni mmg x dikenakan bayaran.. free jak.. tu la pasal dorang ni malas p gungting rambut di kedai.. kalau sebelum ni mereka dgn ikhlas sediakan 2 batang rokok tuk tukang gunting... aku terima jak la.. free tuh.. hehehe.. tpi sejak berhenti merokok.. mereka pun xlah nak upah aku dgn rokok lagi.. cukup la dgn ucapan tengkiu dan belanja mkn atau ngeteh.. aku xdpt tahan mlm tu.. majoroti yg aku gunting isap rokok.. jadi asap rokok tu mmg konfen la aku hidu kan.. klu sorang jak ndakpa jgak. ni lebih 10 orang.. malam pun semakin lewat.. peluh pun boleh tahan.. aku dgn tidak berfikir panjang telah menghancurkan usaha aku 25 hari tidak merokok.. dan hari berganti hari.. tahun berganti tahun.. aku tidak dapat bertahan selama 25 hari.. dan 25 hari itu jgak menjadi kebanggaannku.. hahahaha.. 2012 ni la mau cipta rekod baru,, kalau boleh nak berhenti terus.. InsyaAllah.

sekarang ni aku rasa sgt kuat untuk berhenti merokok... ini azam bukan main2. ini betul2... mmg byk btul cubaan.. keluar mkn dgn kwn2 yg isap rokok.. time abes main futsal kwn2 isap rokok.. time hujan2.. aduyai ni la paling best isap rokok.. dunhill lagi.. hahaha.. tpi kalau berjaya tahan.. rasa sgt bangga dgn diri sendiri... hari ni dah 2 minggu berenti.. bibir pun menunjukkan perubahan sket.. mula menggelupas kulit kering bibir.. merah2 sudah..naaaaa... kakakku (kasma) salu tegur bibirku hutam sbb merokok... dan mamaku pun ada bagi nasihat supaya aku berenti merokok.. mama ckp " ndak bagus la kalau lelaki merokok.. nampak lelaki tu mcm ganas dan ndak bersopan" hehehe.. maksudnya mama mau anaknya jadi lelaki yg kelihatan baik2 jak.. InsyaAllah.. just for my mom.. i will.. :)

p.s: masih menjalani hukuman Tuhan. Moga diberi pengampunan.

Saturday, January 7, 2012

TEGURAN ITU NASIHAT


Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a’lam.