Monday, December 19, 2011

Lelaki itu belum sempat kutanya Namanya...

peristiwa: Perjalanan Balik Sabah. Tarikh: 17.12.2011

Satu hari itu mcm2 boleh berlaku.. Hari itu, aku melalui perjalanan jauh menaiki bas dari Kluang ke Kuala Lumpur (Terminal Bersepadu Selatan).. boleh aku katakan perjalanan aku itu istemewa.. kenapa? sebab seolah-olah aku telah menyewa khas bas itu sendiri.. tiada penumpang lain dalam bas itu selain aku.. tpi aku tetap duduk di kerusi yg satu. tidak pindah2 tmpat duduk.. hehe.. Sesampainya di TBS, aku sempat berjumpa dgn 2 orang lelaki.. seorang muda dan seorang lagi tua.. kali ini bukan aku yang memulakan perbicaraan sepertu yang aku selalu lakukan.. lelaki itu dtg dan berkongsi dgn aku satu peristiwa yg berlaku dalam hidupnya.... dan org tua yg berdiri berhampiran aku turut memasang telinga tetapi jelas seperti tidak berminat dgn cerita yg kami bualkan.. biar aku rahsiakan di sini cerita apa yg lelaki muda itu luahkan.. dia perlukan seseorang pada waktu itu dan aku secara tidak sengaja menjadi pendengar setia.. dia memamgilku 'abang'.. jelas sekali dia menganggap aku tua dari dirinya.. namun peribadi anak muda itu sgt baik.. dia sempat menolongku yg membawa beg besar dan org tua itu masuk ke dalam LRT sehingga kami terpaksa perpisah di KL Sentral.. Mereka bernama Epa dan Pakcik Abd Rahman.. Siap tukar2 no fon lagi.. manala tahu kan suatu hari nanti boleh berjuma lagi.. Jelas sekali mereka berdua bukanlah watak utama yang aku ingin ceritakan...Sambung baca ya.. :)

Intermission..
Menaiki bas ke LCCT memakan masa sejam setengah.. tiba di LCCT, aku terus menuju ke Surau... mmg berniat untuk beriktikaf di surau LCCT itu menunggu flight ke sabah awal keesokan paginya.. selepas mendirikan solat qasar maghrib dan isyak.. aku memilih satu lokasi yg sesuai untuk aku berbaring.. sedang melayan mata yg semakin mengantuk.. aku dikejutkan dgn suara seorang lelaki itu.. "Assalamualaikun Adik, kamu memang mau tidur di sini ya?" mungkin soalan itu ditanya kepadaku memandangkan aku sedang berbaringan di lantai surau itu.Lalu mengiyakan pertanyaannya.. dia bertanya lagi adakah tidak menjadi masalah menumpang tidur di surau ini.. aku jujur memberitahunya bahawa aku juga kali pertama berbuat demikian di LCCT dan hanya berharap moga tindakan tidur di surau itu tidak menjadi masalah.. dia sgt peramah.. dari senyumannya sudah ku tahu dia seperti aku.. lalu aku bertanyakan kepadanya dari mana dan mahu ke mana.. aku juga memanggilnya abang kerana jelas sekali dia lebih tua dari aku.. nampaknya dia melalui perjalanan yg jauh lebih jauh dari aku.. dia dari India sedangkan aku hanya dari Kluang.. rupanya dia baru balik dari mengikuti jemaah Tabligh menziarahi markas Tabligh terbesar di India.. Asalnya Indonesia.. sebenarnya bukan kami berdua sahaja duduk berbual di surau itu. ada seorang lagi yg juga warga Indonesia tetapi berkerja di Malaysia.. lelaki itu bertanyakan kepadanya kenapa perlu ke India.. dia sempat memberikan senyuman sebelum menjawab dgn tenang. "iya.. belajar-belajar sahaja mengenai agama.. umur sudah 45 tahun.. apalah sgt tinggal di India selama dua bulan untuk belajar agama.. kan" aku mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan... jawapan itu cukup menyedarkan aku tentang umurku.. tahun depan (2012) aku sudah mencapai 26 tahun dgn IzinNya.. aku akui telah banyak masa yg aku siakan untuk dalam mendalami agama iaitu ilmu yang akan dibawa bersama apabila memasuki alam kubur... Selepas jawapan itu.. byk lagi soalan-soalan yang ditujukan kepada lelaki itu dan semuanya dijawab dengan baik.. soalan-soalan itu semestinya berkaitan agama dan pengalamannya berada di India selama 2 bulan.. lelaki itu kelihatan biasa2 saja.. dari pakaianya sahaja sudah tahu dia sgt merendah diri dan hanya mahu kelihatan biasa2 sahaja di mata orang ramai... kopiah putih wajib berada atas kepalanya.. sempat dia berterus terang mengenai dirinya apabila ditanya.. dirinya hanya seorang penoreh getah.. dahulunya seorang Muslim hanya sekadar nama.. Solatnya Hanya 2 kali setahun iaitu solat hari raya puasa dan haji.. laungan azan berkumandang tidak dipedulikan dgn menjalankan aktiviti harian.. apabila berhadapan masalah.. maka minuman keras dijadikan ubat untuk menenangkan fikiran.. sedang dia menceritakan kisahnya.. aku dpt merasai tanda penyesalan dari riak wajahnya walaupun senyumannya seolah2 cuba untuk menyembunyikan.. dia juga sempat memceritakan bagaimana dia mula berubah apabila dtg seorang menasihatinya supaya bersolat untuk memperoleh ketenangan hati.. "Alhamdulillah..iya skrg belum ajan (azan) sudah duduk di masjid" (nada Indonesian. Katanya. dipendekkan cerita. ada beberapa perkara yg sempat kami kongsikan pada malam itu..

Haruslah bijak memilih kawan.. apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi.. kita pasti akan dapat wanginya..

Untuk mendapat ketenangan diri.. langkah pertama haruslah menjaga solat.. cuba solat diawal waktu dan cubalah untuk solat berjemaah di Masjid atau suran. bukan mudah ya..

Janganlah dikejar sgt dunia yg sementara ini tetapi buatlah persediakan menuju akhirat yang kekal selamanya...

Apapun yg berlaku berserahlah kepada Allah.. yakinlah dengan Allah..

Hati manusia itu mudah terbalik-balik.. maka mintalah kepada Allah supaya hati sentiasa kekal beriman dan berusahalah memelihara hati.

di India hanya 30% penduduk yg Muslim tetapi 30% itu adalah berkualiti (mujahadah) dalam mengamalkan ajaran Islam berlandaskan sunnah Nabi.


Jam sekarang sudah 1.28 after midnight(masa menulis).. jadi aku pendekkan lagi cerita.. pada malam itu lampu surau LCCT pun dimatikan dan kami bersiap2 untuk menidurkan diri.. lelaki berilmu itu tidur lebih awal dan tinggallah aku dgn seorang lagi melanjutkan cerita.. ceritanya juga menarik namun terlalu panjang untuk aku kongsikan di sini.. tepat pukul 5 pagi.. aku bangun membasuh muka dan mengemas beg pakaian untuk pergi ke balai pelepasan.. lelaki itu masih nenyak tidur dan aku tidak terasa untuk mengganggu tidurnya sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal dan salam perkenalan langsung perpisahan..

Apabila sampai di Sabah.. aku masih teringat akan lelaki itu.. Siapakah namanya?

Friday, December 16, 2011

MOga aku Selalu Kuat dan Tabah..

Hari2ku tidak keruan.. memikirkan nasib diri yg menimpa... inilah jadinya kalau iman tidak cukup kuat.. asyik mengeluh memikirkan kenapa dan kenapa ujian ini begitu berat untuk diriku... sedangkan aku sering lupa bahawa Allah tidak akan menguji umatnya di luar kemampuan mereka. Apapun yang berlaku.. Semuanya ada hikmahnya.. semoga aku kuat menghadapi ujian ini.. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku sebuah keluarga bahagia dan bagiku cukup sempurna yang selalu berada disisi dalam riang dan sedihku... Sesungguhnya keluargaku merupakan anugerah terindah dari Allah kepadaku..

p.s: AKULAH PENDOSA YANG SEDANG MENJALANI HUKUMAN

Tuesday, November 29, 2011

....

if i cant change everything from the beginning till the end..

Wednesday, September 14, 2011

coming soon...

andi's my buddy already has own blog.. even just are beginner.. he was very active become blogger right now... hahahahahaha.... gud2... so, x mo kalah ni.. waiting for my new entry...

Friday, February 25, 2011

apis maken tumbuh.. :)


masa hari raya ni... :) so comey my apis... xoxo..

Sunday, February 20, 2011

Rindu Ruangan Ini

Salam...
Setelah sekian lama... akhirnya aku kepingin untuk menulis blog semula... ntah kenapa.. tiba2 ni.. lepas baca2 blog org len kali.. hehehehe.. ya.. memang.. blog si Syaza.. 2nd of my life!!! salah seorang pelajar KPLI di IPGKTI ini... baru ku sedar, rupanya blog ini boleh menjadi diari kehidupan seseorang... tidak perlu la guna buku diari lagi.. semunya akan tersimpan rapi di sini.. nt esok2 lau dah tua (kalau panjang umur la), bleh buka blog ni baca2 balik ingat kenangan silam.. bukan tu sahaja... anak cucu sendiri pun boleh baca sekali.. how sweet... ketahuan gilak2 atok atau nenek ketika masa mudanya.. hahahahahaha....

1001 alasan mengapa aku tidak aktif menulis blog.. antaranya segan, malu.. hahaha.. sbb org len bleh baca bah.. klu salah2 tulis.. ne.. abes la kena komen. hahaha... tpi peduli lah.. bukan tulis wat tugasan universiti pun.. suka2 jak.. kan kan... lagi, sbb xtau nak tulis apa.. xda idea... then masa kot xda...

baru semalam aku mendapat idea.. mau tulis apa.. setelah melihat gambar2 adik apisku yg comel dan hensem tu... untuk pengetahuan kamu semua... saya mempunyai seorang adik lelaki. yang bongsu.. namanya pun hensem.. Mohd Akmal Hafiz.. timangan.. Apis jak.. ada lagi.., tpi nama ejekan.. xmo mention dalam ni. nt adik apais dah besar nt.. dia baca blog ni.. mesti dia marah klu aku mention ari ni.. biarlah family aku yg tau.. huhu.. apis got a secret.. lalalalalalalala....
blog aku lepas ni akan menulis mengenai adik apis.. letak gambar2nya sejak kecil... hehehe.. believe me.. u'll like it.. dia sgn comel dan hensem.. kini dia darjah 4.. tpi nt la.. kita mula sejak dia baby..

untuk adikku apis.. i'll not tell ur about this blog.. someday, you will know it.. wacth.. i'll take ur picture always.. to put in this blog.. ur are my celebrity.. aku peminat setiamu... abg doakan adik apis membesar menjadi seorang lelaki yg berguna kepada masyarakat.. taat pada ibu bapa.. dan cemerlang dalam pelajaran..

apis.. apis.. apa ko buat sekarang.. men catur ka? hehehe.. kasi kalah bapa ya.. chayouk2